Tuesday, September 21, 2010

A133238 Nur Amanina Husna Bt Ma'amor (Tutorial KMK)

           Assalamualaikum saya ucapkan kepada Jawatankuasa Fakulti Multimedia,Universiti Sains Bangi serta hadirin dan hadirat sekalian.Pada hari ini saya akan menyampaikan taklimat mengenai cara-cara untuk melaksanakan P.D.C.A atau Roda Deming dalam sesebuah kumpulan meningkatkan mutu kerja(KMK).KMK merupakan sebuah kumpulan kecil pekerja-pekerja iaitu 6 hingga 10 orang daripada unit kerja yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,memilih,dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka.Kumpuln ini kemudiannya akan mengemukakan cadangan –cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan   keputusan.Kemudiannya,keputusan yang telah di persetujui oloeh pihak pengurusan akan dilaksanakan.

           Pada dasarnya,KMK di tubuhkan bermatlamat untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui 5 perkara iaitu ,kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja ,semangat bekerja secara berkumpulan ,penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif ,penglibatan dan minat terhadap dan dorongan kerja yang tinggi serta kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri,kumpulan,organisasi serta negara.

           Jadi,antara langkah-langkah yang terlibat dalam KMK dalam urusan meningkatkan kualiti kerja ialah dengan mengikut kaedah Perancangan,Pelaksanaan,Penyemakan dan Tindakan(Plan,Do,Check,Action-P.D.C.A).Dalam aktiviti perancangan ,ianya perlulah meliputi aspek-aspek seperti pengenalpastian masalah,pemilihan masalah ,serta penyediaan jadual pelaksanaan masalah.

          Bagi mengenalpasti masalah KMK,ahli-ahli KMK ,fasilitator ,pekerja-pekerja lain dan kumpulan-kumpulan lain perlulah memberikan cadangan masing-masing ataupun boleh juga melalui permintaan pengurusan itu sendiri.Masalah yang boleh dikenalpasti melalui KMK adalah merupakan masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja seharian seperti yang berkaitan dengan fakulti multimedia misalnya masalah dewan kuliah,layanan di kaunter yang tidak mesra,masalah kerosakan tandas dan sebagainya.

           Seterusnya ialah pemilihan masalah.Dalam hal ini,walaupun pada mulanya ahli-ahli KMK akan mengenalpasti beberapa masalah yang perlu diselesaikan namun hanya satu masalah sahaja yang di benarkan untuk dipilih.Pemilihan ini boleh dibuat berdasarkan undian ataupun disusun mengikut kepentingan iaitu masalah yang dipilih haruslah merupakan masalah yang paling penting untuk diselesaikan terlebih dahulu ataupun yang paling kritikal.Dalam hal ini, pada pendapat saya,masalah di dewan kuliah boleh dikategorikan sebagai masalah yang penting kerana para pelajar perlu menggunakan kemudahan tersebut pada setiap hari.Jadi,jika para pelajar berasa tidak selesa,konsentrasi pelajar ketika proses pembelajaran sudah tentu akan terganggu.

           Seterusnya,apabila masalah yang perlu diselesaikan telah dipilih,ahli-ahli KMK perlulah menyediakan satu jadual pelaksanaan.Antara langkah-langkah yang terlibat dalam penyediaan jadual pelaksanaan tersebut ialah mengenalpasti segala aktiviti yang perlu dilaksanakan,menganggarkan tempoh masa bagi setiap aktiviti iaitu tarikh permulaan dan persiapan,mengenalpasti peringkat -peringkat penting bagi pencapaian aktiviti dengan menentukan tarikh aktiviti itu perlu disemak dan diawasi serta mencatatkan pencapaian sebenar berbanding dengan apa yang di rancang bagi setiap aktiviti.Jadi,untuk mengenalpasti segala aktiviti yang perlu dilaksanakan tinjauan ke dewan-dewan kuliah boleh di adakan untuk mengira jumlah kerosakan seperti kerusi di dewan kuliah yang rosak,penghawa dingin yang tidak berfungsi,sistem alat pandang dengar yang rosak,pintu dewan kuliah yang tercabut dan lain-lain lagi.Ini kemudiannya akan memudahkan kerja-kerja penambahbaikkan dilakukan terhadap kerosakan yang berlaku.

           Langkah kedua yang terlibat dalam P.D.C.A ialah pelaksanaan dan antara aktiviti yang terlisat di peringkat pelaksanaan ialah penganalisisan masalah,cadangan penyelesaian serta persembahan KMK kepada pihak pengurusan.Setelah masalah dipilih,ahli-ahli KMK perlulah menganalisisnya dari segi punca-punca yang membawa kepada masalah tersebut.Analisis tersebut boleh buat melalui pengumpulan data dengar mengedarkan soalan-soalan berkaitan kerosakan di dewan kuliah kepada pelajar-pelajar.Seterusnya,cadangan penyelesaian kepada masalah boleh di lakukan dan proses ini melibatkan ahli-ahli KMK mendapatkan alternatif-alternatif cadangan pembetulan.Dalam hal ini,faktor kewangan juga perlu dititikberatkan iaitu ahli-ahli KMK perlu memilih cadangan terbaik supaya kerja-kerja penambahbaikkan dapat di jalankan tanpa sebarang masalah.Apabila persembahan dilakukan ,ahli-ahli KMK perlulah mempersembahkannya dengan cara yang berkesan,meyakinkan dan dengan cara yang teratur.

           Langkah yang ketiga pula ialah penyemakan.Di peringkat penyemakan,aktiviti yang terlibat ialah penilaian.Penilaian ke atas pelaksanaan cadangan-cadangan penyelesaian perlu di lakukan oleh ahli-ahli KMK.Ini dapat menetukan samada objektif projek tercapai atau tidak.Dengan itu,apabila penilaian telah di buat,ahli KMK kemudiannya boleh menentukan samada cadangan-cadangan penyelesaian boleh di teruskan ataupun tidak.

           Seterusnya ialah tindakan iaitu langkah yang terakhir dalam kaedah P.D.C.A.Aktiviti yang terlibat ialah penyeragaman tindakan-tindakan pembetulan.Melalui penilaian yang dijalankan,ahli-ahli KMK akan dapat mengenal pasti penambahbaikkan yang diperolehi daripada tindakan pembetulan.Sekiranya penambaikkan di perolehi,ahli-ahli boleh menyeragamkan tindakan-tindakan tersebut dan menjadikannya sebagai prosedur organisasi.Saya rasa setakat ini sahaja taklimat saya pada hari ini.Sekian,terima kasih.


No comments: