Saturday, August 7, 2010

Kumpulan Smarties - Pengalaman Terbaik Di Sebuah Bank


Pengalaman  baik yang pernah saya alami terhadap kualiti yang pernah ditunjukkan oleh sebuah bank kerajaan di sekitar bandar Kajang. Pada mulanya saya telah mengalami masalah terlupa nombor pin kad bank. Walaupun saya telah mencuba beberapa kali memasukkan nombor di mesin ATM yang lain tetapi masih tidak boleh digunakan. Justeru saya mengambil keputusan untuk berhubung terus di bank tersebut.  Sampai sahaja di bank berkenaan saya terus ditanya urusan saya di bank itu oleh seorang pekerja di bahagian pertanyaan. Walaupun pada mulanya saya  lihat pekerja terbabit seperti sibuk dengan pelanggan yang lain namun beliau tetap mendahulukan keperluan saya pada masa itu. Melihat kepada penerimaannya terhadap kedatangan saya yang memerlukan pertolongan, membuatkan saya berasa sedikit lega dengan masalah yang saya hadapi. Selepas mendengar masalah saya  beliau menyuruh saya terus pergi ke kaunter utama iaitu bahagian perkhidmatan. Sejurus itu, saya terus pergi ke kaunter tersebut dan menjelaskan masalah saya. Petugas terbabit menyuruh saya mencuba semula kad dengan menggunakan beberapa nombor pin yang saya ingat. Selepas mencuba namun hasilnya masih mengecewakan. Saya mengambil keputusan untuk menukar kad yang baru dan saya telah memberitahu pekerja itu. Beliau menyatakan memang perlu ditukar untuk membolehkan saya menggunakannya tetapi tidak boleh siap terus memandangkan masa bertugas sudah hampir tamat dan mengambil sedikit masa untuk melupuskan kad yang saya guna sebelum ini kerana kad tersebut telah di daftar di cawangan lain. Mendengar jawapan beliau yang sedikit mengecewakan membuatkan saya resah kerana saya memerlukan kad itu secepat mungkin untuk membolehkan saya membeli barangan dan melunaskan pembayaran yang tertunggak. Namun, sangkaan saya meleset kerana pekerja terbabit membawa berita gembira iaitu mereka sedia memenuhi keperluan saya pada masa itu, walaupun pada masa itu sepatutnya mereka telah habis bekerja, dengan menunggu sebentar sahaja masalah saya telah dapat diselesaikan dan saya memperoleh kad baru yang boleh digunakan. Saya begitu menghargai usaha mereka dan saya sangat berpuas hati terhadap layanan mereka. 

No comments: