Saturday, August 7, 2010

Kumpulan FST BIOMATH- Pengalaman Terbaik Di Sebuah Pasaraya

Kumpulan FST BIOMATH- Pengalaman Terbaik Di Sebuah Pasaraya

Dalam budaya Timur, layanan yang sangat dihargai adalah menunjukkan bahawa kita memuliakan seseorang itu, dan bukannya membuat dia berasa dirinya dilayan sebagai seorang yang istimewa. Apabila seseorang itu yakin dirinya dimuliakan, sikapnya menjadi terbuka dan hatinya menjadi lembut kepada interaksi seterusnya, baik interaksi itu bersifat urusan bisnes, rasmi mahupun urusan sosial. Pengguna adalah manusia biasa. Jadi wajarlah jika mereka menuntut hak mereka sebagai seorang pengguna. Apabila mereka datang, mereka bukan hanya datang kerana perlukan produk tetapi juga kerana perkhidmatan dan layanan yang menyenangkan serta memudahkan mereka.

Setiap orang berpengalaman menjadi sebagai pengguna. Begitu juga dengan saya, pengalaman mendapatkan layanan baik seminggu sebelum saya mendaftarkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia disebuah pasaraya X ingin saya kongsikan dengan anda semua. Layanan baik yang pernah saya alami ialah ketika saya dan keluarga keluar berbelanja untuk membeli barangan bagi persiapan ke universiti di pasaraya X di Terengganu. Perkhidmatannya sangat memuskan hati. Contohnya tempat letak kenderaan yang mencukupi dan dekat dengan pasaraya tersebut. Apabila masuk ke dalam pasaraya X, kami disapa dengan ucapan 'Selamat Datang' dan senyuman yang cukup manis. Ini menunjukan pekerja-pekerja pasaraya X sangat ramah dan mesra pelanggan.Suasana di pasaraya X sungguh kemas dan teratur. Ini memudahkan pelanggan mencari barangan yang dikehendaki. Harga yang ditawarkan juga sangat murah dan berpatutan dengan kualiti barang. Hal ini menyebabkan ramai pelanggan tertarik untuk berkunjung ke pasaraya X. Layanan mereka kepada pelanggan juga sangat mesra dan seiring dengan slogan 'customer always right'. Selain itu, pekerja tersebut juga mempamerkan kesabaran mereka semasa melayan karenah pelanggan. Sedang saya asyik memilih barang, tiba-tiba saya mendengar pengumuman yang menyatakan seorang ibu kehilangan anak lelaki yang berumur 5 tahun yang berbaju merah. Pengumuman ini mengejutkan semua pekerja dan pelanggan di pasaraya X. Pekerja pasaraya X bekerjasama untuk mencari budak tersebut. Akhirnya, budak tersebut berjaya ditemui. Ini memperlihatkan sikap pekerja pasaraya X yang prihatin terhadap pelanggan. Seterusnya, kami ke kaunter untuk membuat bayaran.Semasa di pintu keluar, pekerja pasaraya X mengucapkan 'terima kasih, selamat datang lagi'.

Kesimpulannya, kepuasan pelanggan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan untuk meningkatkan kualiti dalam perniagaan.

No comments: