Pada jumaat dan sabtu yang lepas,kami dikehendaki untuk menyerahkan borang ptptn kepada pihak
yang terlibat.Pada hari jumaat seawal jam 7 pagi, saya lihat ramai pelajar yang beratur untuk
menyerahkan borang walaupun ketika itu kaunter masih belum dibuka. Selepas habis kelas, saya pun
bergegas pergi ke kaunter untuk mengambil nombor giliran.Saya terpaksa menunggu lama untuk
menghantar borang tersebut. Saya menunggu dari pagi sehingga pukul 5 petang baru saya boleh
menyerahkan borang tersebut. Sedangkan ramai pelajar lain yang datang lewat daripada saya dan
mengambil nombor giliran tetapi mereka dapat menyerahkan borang tersebut lebih awal dari saya .Bagi
saya ini adalah tidak adil. Walaupun sistem nombor giliran disediakan namun ia tidak dapat diuruskan
dengan sistematik.Kebetulan pula keluarga saya dari utara datang pada hari tersebut untuk
menghantar barang. Jadi sukar bagi saya untuk menunggu dengan begitu lama untuk menghantar
borang tersebut. Kaunter yang dibuka juga tidak banyak jadi hal ini menyebabkan berlakunya kesesakan
untuk menghantar borang kerana bukan saya seorang sahaja yang ingin menghantar borang tersebut
tetapi ramai lagi pelajar lain dari setiap kolej. Jadi pada pendapat saya,penghantaran borang ptptn
sepatutnya dibuat di kolej masing-masing supaya tidak berlaku kesesakan antara pelajar untuk
menghantar borang tersebut.Sistem nombor giliran dan kaunter haruslah diperbanyakkan untuk
kesenangan semua pihak.
No comments:
Post a Comment