Saturday, August 7, 2010

kumpulan acoustic-pengalaman terburuk di sebuah hospital

Pengalaman buruk yang saya lalui ketika berurusan dengan kakitangan kerajaan ialah ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital kerajaan. Peristiwa tersebut berlaku beberapa hari sebelum saya mendaftar masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia.  Pada mulanya ibu saya menyuruh saya melakukan pemeriksaan tersebut di hospigtal swasta sahaja memandangkan tinggal beberapa hari saja lagi sebelum saya mendaftar di universiti. Namun, saya tidak bersetuju kerana memikirkan kos yang mahal di hospital swasta.

Walaupun saya pernah mendengar khabar yang kurang enak tentang kualiti perkihidmatan di hospital kerajaan,namun saya kurang mempercayai kerana saya belum pernah melaluinya sendiri. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Pada hari itu, saya telah pergi bersama-sama ibu saya ke hospital tersebut. Seperti kebiasaannya,kami diminta mendaftar di kaunter hadapan sebelum melakukan pemeriksaan tersebut.

Kelihatan suasana di kaunter itu sangat sesak kerana para pelanggan yang hadir tidak disediakan dengan nombor giliran masing-masing. Perkara ini menampakkan bahawa sistem pentadbiran mereka adalah tidak sistematik. Selain itu, petugas itu turut memberi arahan kepada saya dengan sangat cepat dan sukar difahami. Setelah selesai melakukan pemeriksaan kasihatan, saya pun terus pulang ke rumah.

Seperti yang telah diarahkan oleh petugas kaunter itu, saya datang kembali ke hospital itu pada hari Jumaat untuk mengambil kepetusan pemeriksaan kesihatan saya. Akan tetapi, setibanya di kaunter, petugas itu bersungut kepada saya dan menyatakan bahawa saya patut datang beberapa hari lagi selepas itu untuk mengambil keputusaan pemeriksaan kesihatan saya itu. Saya berasa sangat hairan dan tidak berpuas hati kerana petugas itu sendiri yang memaklumkan pada saya bahawa keputusan pemeriksaan itu akan siap pada hari  Jumaat semasa saya datang untuk membuat pemeriksaan itu.

Setelah melihat maklumat diri saya, petugas itu pun mencari keputusan pemeriksaan kesihatan saya dan ternyata keputusan pemeriksaan itu telah pun siap. Akan tetapi, petugas itu tekejut kerana keputusan ujian air kencing tidak disertakan sekali. Dia kemudiannya bertanya kepada saya sama ada saya telah membuat ujian itu atau tidak. Saya semakin pelik kerana saya tidak dimaklumkan akan hal itu semasa petugas itu memberi arahan kepada saya. Dia kemudiannya terus memarahi saya di khalayak ramai itu tanpa sebarang usul periksa.

Pada pendapat saya, petugas itu sangatlah tidak professional dalam menjalankan tugasnya kerana hal ini jelas menunjukkan kecuainnya dalam melaksanakan tugas. Saya berasa sangat kecewa dan terkilan dengan perkhidmatan yang diberikan di hospital itu. Pentadbirannya sangat tidak sistematik selain pekerja-pekerjanya yang tidak bersikap mesra pelanggan serta tidak menghormati orang lain. Saya berharap kekurangan itu dapat diperbaiki pada masa hadapan.


No comments: