Saturday, August 7, 2010

Kumpulan excellent~Pengalaman Terbaik sewaktu berurusan di Bank Islam

Setiap detik kita hidup di dunia ini, banyak perkara yang tempuh dan kita lihat.

Adakalanya, ia berkaitan dengan pengurusan atau perkhidmatan. Tidak kiralah sama

ada benda itu buruk ataupun sebaliknya. Bagi saya, pengalaman terbaik yang
pernah saya alami berkaitan tentang pengurusan adalah sewaktu saya berada di
Bank Islam. Bila bercakap tentang pengurusan, saya teringat pada kuliah pertama
subjek ZT2313 Asas Pengurusan Berkualiti yang diajar oleh Encik Ahmad Zamri
Mansor, dimana pada 1992 Deming pernah menyebut "Kualiti bererti membuatkan
setiap orang melaksanakan apa yang mereka telah persetujui dan mereka
melaksanakannya dengan tepat pada kali pertama".

Sememangya, pada hari tersebut yang bertarikh 22 Jun 2010 merupakan hari pertama

saya melangkah kaki ke bank tersebut yang terletak kira-kira 1 kilometer dari
rumah. Pada hari tersebut, ramai pelanggan berpusu-pusu datang ke Bank Islam.
Kebanyakan yang datang pada hari itu adalah untuk menyempurnakan segala urusan
bagi kemasukan ke universiti bagi sesi 2010/2011. Tidak hairanlah ramai
pelanggan pada hari tersebut. Walaupun pelanggan ramai, tapi pengurusan yang
dilakukan berjalan dengan lancar dan teratur. Kemungkinan, pekerja-pekerja di
bank tersebut telah diajar budaya kerja kualiti mengikut islam iaitu berusaha
meningkatkan kualiti prestasi.

Ketika saya ingin membuat pembayaran yuran pengajian dan pembukaan akaun
simpanan wadiah, salah seorang daripada staf Bank Islam membantu saya bagi
memudahkan urusan saya. Beliau memberi penerangan ringkas kepada saya bagaimana
hendak mengisi borang-borang berkaitan dengan pembayaran yuran dan pembukaan
akaun.Ini secara tidak langsung telah memudahkan urusan saya dan saya amat
berpuas hati terhadap layanan yang diberikan oleh staf tersebut yang mesra
pelanggan. Sesudah saya selesai mengisi borang tersebut, saya memberi semula
kepada beliau bagi semakan. Kemudian beliau memberikankan saya nombor giliran.
Dengan nada yang sopan dan berbudi bahasa, staf tersebut menyuruh saya agar
menunggu sehingga nombor giliran saya dipanggil bagi urusan di kaunter hadapan.
Selain itu, beliau juga mempelawa saya agar duduk di kerusi yang telah
disediakan. Malangnya, saya terpaksa berdiri untuk menunggu kerana kerusi
semuanya penuh. Tetapi saya tak kisah. Suasana dalam bank tidaklah berapa sesak
kerana sistem penghawa dingin yang dipasang cukup selesa walaupun terpaksa
menunggu agak lama. Selang beberapa minit, nombor giliran saya dipanggil. Saya
bergegas ke kaunter hadapan. Staf yang menjaga di kaunter hadapan memberi
senyuman yang manis dan memberi salam kepada saya terlebih dahulu. Kemudian ,
beliau meminta kepada saya segala borang yang telah diisi untuk diberikan
kepadanya bagi mengurus dan memasukkan segala maklumat dalam sistem perbankan
tersebut. Saya dapat bahawa mereka menjalankan urusan dengan produktif dan
efektik. Tidak lama kemudian, segala yuran dan pembukaan akaun telah berjaya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka atas segala baik budi bicara mereka
dalam menguruskan segala perkara saya pada hari tersebut.

No comments: