Tuesday, September 21, 2010

A133346Low Seow Chew (tutorial kmk)

Yang dihormati Pengerusi Majlis ,hadirin yang dihormati sekalian .Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti Sains bangi kerana sudi menjemput saya bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk "Pelaksanaan PDCA atau Roda Deming di kerja- kerja Fakulti.
 
Para hadirin sekalian,
 
  Tujuan ceramah saya pada hari ini adalah berkongsi  dengan anggota fakulti bahawa konsep PDCA  boleh dijalankan dalam pelaksanaan kerja-kerja  fakulti dan seterusnya mengalakkan pembentukan kumpulan KMK.PDCA merupakan pendekatan yang digunakan oleh KMK(kumpulan meningkatkan mutu kerja) dalam urusan meningkatkan kualiti kerja .Aktiviti yang terlibat dalam PDCA merangkumi perancangan , pelaksanaan ,penyemakan dan tindakan.Sebagai contoh jika perkhidmatan kaunter di fakulti anda telah menghadapi masalah ,anggota fakulti perlulah mengikuti peringkat pertama dalam Roda Deming  iaitu  perancangan .Di peringkat ini,anggota perlu mengenal pasti dan memilih masalah yang perlu diselesaikan . Selepas itu,satu jadual pelaksanaan hendaklah  disediakan untuk memastikan agar projek tersebut dijalankan tempoh masa yang ditetapkan.Langkah ini dapat mencepatkan kita membaiki kesilapan dalam perkhidmatan kaunter  keranna Roda Deming adalah kaedah penyelesaian masalah yang sistematik.
 
  Seterusnya ,kita boleh menerusi ke peringkat kedua iaitu pelaksanaan.Setelah mengenalpasti punca dan masalah yang menjejas prestasi layanan kaunter,kita perlu mendapatkan alternatif-alternatif cadangan pembetulan .Sebagai contoh ,cadangan atas masalah ini adalah menjalankkan bengkel atau penandaarasan.Kebaikan ketara atau tidak ketara ke atas cadangan perlu dihuraikan secara terperinci .Selain itu, implikasi kewangan juga perlu dipertimbangkan .Kita perlu mempertimbangkan badjet yang sedia ada,adakah  cukup bagi menjalankan  penandaarasan ke luar negara  atau menjalankan bengkel.Selepas  berunding serta menganalisis kesan pelaksanaan secara teliti ,cadangan yang terbaik perlu dikeluarkan .Seterusnya ,kita perlu bersedia mempersembahkan perakauan-perakuan yang dibuat kepada pihak pengurusan .Persembahan projek adalah penting dalam penyampaian cadangan kepada pihak pengurusan. Hal ini kerana ini pihak pengurusan akan membuat keputusan berdasarkan persembahan projek samada cadangan tersebut diterima ataupun tidak.Oleh itu, segala penyedian perlu dijalankan dengan baik sebelum persembahan.Penyediaan bagi persembahan cadangan termasuklah pengunaan alat-alat yang pandang dengar ,masa persembahan tidak melebihi 20-30 minit ,maklumat dipamerkan dalam bentuk carta atau rajah supaya senang difahami.Persembahan tersebut juga  mempunyai faedah seperti memperbaiki perhubungan di antara pihak pengurusan dan pekerja,memupuk  semangat kerjasama ,menunjukkan sokongan dan penglibatan pihak pengurusan .
 
Para hadiri sekalian,
  Pelaksanaan Roda Deming dalam kerja fakulti dalam peringkat ketiga ialah penyemakan .Di peringkat ini,aktiviti yang terlibat ialah penilaian .kita perlu menilai atas pelaksanaan cadangan-cadangan penyelesaian.ini akan menentukan samaada objektif tercapai atau tidak.Penilaian ini boleh ditentukan berdasarkan pungutan data dan analisis data dalam tempoh uji cuba .setelah penilaian  kita boleh menilai samaada cadangan itu boleh diteruskan ataupun tidak.
 
   Tindakan merupakan peringkat terakhir dalam PDCA.Aktiviti yang terlibat ialah penyeragaman tindakan pembetulan.Hasil daripada penilaian yang dijalankan,kita dapat mengenalpasti penambahbaikan yang diperolehi daripada tindakan pembetulan .Jika penambahbaikan diperolehi ,kita boleh menyeragamkan  dan menjadikan sebagai prosedur pejabat.Dan satu taklimat mengenai  prosedur baru perlulah  diberikan kepada semua anggota fakulti,untuk membaiki kesilapan dahulu dalam layanan kaunter.Selain itu, anggota juga boleh mengesan kemungkinan masalah -masalah sampingan  yang timbul selepas prosedur itu ditambah.
 
  Kesimpulanya,kaedah PDCA ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan masa yang secepat mungkin .Segala pelaksanaan  juga boleh dijalankan secara sistematik dan teratur ,kos operasi dapat dikurangkan dengan pendekatan yang sistematik ini.Oleh itu, amat digalakkan pelaksanaan PDCA dalam pengurusan kerja fakulti di Universiti sains bangi ini.

No comments: