Tuesday, August 3, 2010

Tutorial 3 Ogos 2010

Salam kepada semua pelajar ZT2313 Asas Pengurusan Kualiti Set 1. Tutorial yang lepas adalah berkaitan dengan konsep kualiti di mana setiap kumpulan perlu membincangkan pengalaman terbaik dan terburuk bila berurusan dengan sektor awam atau swasta. Setiap kumpulan perlu memilih satu pengalaman terbaik dan satu pengalaman terburuk (setiap satu ialah sebanyak 300 perkataan) untuk dihantar ke blog kursus. Catatan pengalaman tersebut hendaklah ditaip terus (BUKANNYA attach file) dalam email dan dihantar ke alamat berikut:

ayahlong_azm.tutorial2313@blogger.com (ada underscore antara ayahlong dengan azm)

dan di cc kan ke alamat pensyarah2313@gmail.com

Subjek email message tersebut ialah Kumpulan [nama kumpulan] - [tajuk] di mana tajuk sila tentukan sendiri contohnya 'Kumpulan Cemerlang - Pengalaman Buruk Di Sebuah Bank'.

Jika anda ingin sertakan gambar hiasan atau berkaitan, boleh attach fail gambar tersebut dalam e-mail (tapi untuk ulasan, jangan hantar attachment fail, sebaliknya taip terus dalam e-mail). Cuba lihat contoh pelajar Pengurusan Emosi saya hantar catatan beliau dengan grafik di attachkan (sila klik)

Dua post yang anda perlu hantar, satu untuk pengalaman baik dan satu lagi pengalaman buruk (300 perkataan setiap satu).

Tarikh Akhir untuk hantar ialah pada Sabtu 7 Ogos sebelum 10 malam.

No comments: