Saturday, August 7, 2010

Acoustic- Pengalaman baik di sebuah restoran

PENGALAMAN YANG BAIK TENTANG SESUATU PERKHIDMATAN

 

                        Saya masuk ke sebuah restoran. Saya mengambil tempat di kerusi salah sebuah meja makan setelah dipelawa masuk oleh salah seorang pekerja restoran di Pulau Pinang. Saya memerhatikan sekeliling restoran, semua pekerjanya sedang sibuk mengambil pesanan makanan daripada pelanggan. Di kaunter kelihatan taukei sedang mengira-ngira duit, mungkin mengira untung pada hari berkenaan. Di hujung restoran bersebelahan dapur, dua orang pelayan sedang membantu satu sama lain mengemas tempat berkenaan. Saya memerhatikan menu di dinding restoran yang agak jauh daripada meja saya kemudian pelayan tadi terus mengambil menu yang lebih mudah saya rujuk. Pelayan tadi datang ke meja saya meletakkan menu restoran di atas meja saya. Saya mengambil dan membacanya. Pelayan itu terus tunggu di meja saya walaupun saya mengambil masa untuk memilih menu berkenaan. Sambil menunggu pesanan saya disiapkan, saya ternampak seorang pelayan membantu pasangan warga emas untuk turun dari kereta yang dipandu oleh keluarga mereka.Agaknya, pelanggan itu adalah pelanggan tetap restoran ini. Tidak lama kemudian makanan saya pun tiba. Pelanggan tersebut meminta maaf kerana terlambat menghantar pesanan dengan nada yang sopan.Selepas selesai makan saya terus membuat bayaran. Semua pelayang di situ tidak lekang dengan senyuman tidak kira semasa mengambil atau menghantar pesanan. Saya cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan disini. Bukan sahaja perkhidmatan, malah harga yang dikenakan sangat berpatutan. Saya akan mengajak saudara-mara yang terdekat serta rakan-rakan untuk datang ke restoran ini.


No comments: