Wednesday, September 1, 2010

Tajuk 6 KMK & Teknik-teknik Penyelesaian Masalah






Di atas ialah slaid dan rakaman kuliah untuk buat tugasan menggantikan sesi pada 7 dan 8 September. Sila dengar rakaman bermula daripada 3:18 (kerana 0-18:13 ialah ulasan tentang tugasan kursus) dan mainkan slaid yang berkaitan dengan tajuk KMK iaitu slaid 1-41 (Tajuk Teknik-teknik KMK akan dikuliahkan seperti biasa selepas Cuti Raya) dan jawab soalan berikut:


Anda ialah seorang perunding dan penceramah yang berpengetahuan dalam kualiti organisasi. Anda telah diberikan tugas untuk memberikan taklimat kepada kakitangan Fakulti Multimedia, Universiti Sains Bangi. Anda diminta untuk menerangkan bagaimana melaksanakan PDCA atau Roda Deming dengan menggunakan contoh-contoh kerja yang berkaitan dengan fakulti tersebut, misalnya masalah dewan kuliah, layanan di kaunter, tandas, dan sebagainya. Taklimat anda akan membantu kakitangan fakulti tersebut dalam membentuk sebuah KMK yang akan menyertai Konvensyen KMK bagi Negeri Selangor untuk tahun 2011.

Jawapan anda hendaklah di antara 500 hingga 600 perkataan yang ditaip terus dalam e-mail yang dihantar ketersebut hendaklah ditaip terus (BUKANNYA attach file) dalam email dan dihantar ke alamat berikut:


ayahlong_azm.tutorial2313@blogger.com (ada underscore antara ayahlong dengan azm) dan di cc kan ke alamat pensyarah2313@gmail.com

Subjek email message tersebut ialah MatrikNama(Tutorial KMK), contohnya 'A123456 Alisha Binti Che Ros (Tutorial KMK)'

Jika anda ingin sertakan gambar hiasan atau berkaitan, boleh attach fail gambar tersebut dalam e-mail (tapi untuk ulasan, jangan hantar attachment fail, sebaliknya taip terus dalam e-mail). Tarikh akhir ialah sebelum mula tutorial selepas Cuti Hari Raya.

Untuk memahami bagaimana KMK membuat projek penambahbaikan untuk konvensyen KMK, saksikan klip-klip video di bawah:


Kumpulan Gemilang- kmk peringkat negeri kedah yang ke-20



Imbasan Konvensyen KMK 2009 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Part 1


Imbasan Konvensyen KMK 2009 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Part 2


Imbasan Konvensyen KMK 2009 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Part 3


First Konvensyen KIK UiTM Penang

No comments: